Tuesday, August 9, 2016

Antara Kerjaya Dan Keluarga

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Assalamualaikum.
Salam Dhuha buat sahabat.

Antara Kerjaya dan Keluarga, yang mana Anda pilih? Alhamdulillah. Dikesempatan ini, Saya nak kongsikan pengalaman saya dalam membuat pilihan sama ada memilih Kerjaya atau Keluarga.
Saya memilih keluarga.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin



Pengalaman bekerja di Syarikat banyak mengajar saya berkaitan soal respek, soal kepimpinan. Selama hampir 6 tahun bekerja. Banyak Pengalaman yang dikutip. Syukur saya belajar banyak. Dan pada masa yang sama, kos sara hidup meningkat. Keadaan kewangan keluarga kecil kami agak terhad. Jadi, Saya mula mencari alternatif Side Income bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin


Syukur, Bisnes QASEH GOLD adalah permulaan kepada impian saya. Selama hampir 9 bulan saya menjual Produk ini secara sambilan. Memang banyak kenangan pahit dan manis. Bisnes memang begitu kan? hehehehe. Ada masa diatas, ada masa dibawah. Ada juga waktu sukar yang saya alami, dek kerana tugas hakiki. Jadi, Saya membuat keputusan untuk Berhenti Kerja dan memulakan secara sepenuh masa. Keadaan ketika itu, Saya lebih mengutamakan keluarga dari kerja. Pada Mac 2014, Saya meletak jawatan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Bisnes Qaseh. Pada waktu tersebut, Saya dilantik sebagai Stokis Qaseh Gold. Alhamdulillah, Kini sudah masuk tahun ke2 bergelar WAHM (Working-At-Home-Mom). Jangan takut membuat keputusan jika ia baik untuk keluarga kita. Duit boleh dicari, tetapi keluarga sukar diganti.








2 comments: