Friday, August 12, 2016

Pentingnya Pengurusan Masa

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin



Bismillah.
Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk UPDATE entri pagi ini.

Menjadi WAHM sejak 2014, perkara yang sering kali memberi cabaran kepada saya adalah PENGURUSAN MASA yang efektif. Bekerja dari rumah adalah perkara yang menyeronokkan. Tambahan lagi, anak-anak didepan mata. Akan tetapi, masalah saya adalah untuk menguruskan kerjaya dan keluarga.

MASA ITU EMAS.

Memang emas yang tak dapat ditukar ganti. Masa cepat berlalu. Saya cuba bahagi masa kerja dan masa keluarga. Maklumlah sejak ada anak kecil, perhatian lebih perlu diberikan. jadual LIST TO DO perlu saya update setiap hari. Masa kerja saya bermula selepas menghantar kakak Amna sekolah. Antara pukul 12.30 sehingga pukul 4 petang. Waktu itu penting sebab poslaju akan COLLECT Parcel Qaseh, Saya akan update Stok Inventori, Update belian Qaseh Gold. Tapi jangan sampai abaikan keluarga. (Pernah rasa begitu sebab sibuk sangat bekerja).

Nanti bersambung, Si kecil memanggil-manggil.






No comments:

Post a Comment