Saturday, August 6, 2016

PENGENALAN DIRI SAYA

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin


                                                    
Sumber Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin




Bismillah.

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi.

Nama diberikan Mama dan Papa saya adalah Siti Azurah Binti Jalaluddin. Lahir pada 13 Ogos 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Merupakan Anak Sulung dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru. Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan.

Selepas habis SPM pada tahun 2010, saya mendapat panggilan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Diploma dari Universiti Teknologi Mara, Cawangan Lendu, Melaka. Selepas habis pengajian Diploma Pengajian Perniagaan, saya memulakan pekerjaan sebagai Kerani di Syarikat Pembinaan untuk mendapat pengalaman bekerja. Seronok bekerja membuat saya terpikir untuk menyambung pengajian diperingkat Ijazah.

Syukur, Pada bulan 12, tahun 2005.Saya mendapat panggilan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam untuk menyambung pengajian diperingkat Ijazah. Pengalaman selama 2 tahun di UiTM. Membentuk saya menjadi seorang ketua yang baik bila mana saya dilantik menjadi Yang Dipertua Kolej Cempaka Kenanga. Habis pengajian saya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) ( Kepujian).

Disebabkan minat mengajar, saya mendapat tawaran untuk mengajar di UiTM Lendu Melaka sebagai Pensyarah Sambilan mengajar subjek Kewangan. Pengalaman mengajar selama 6 bulan cukup seronok dan selepas itu saya mendapat tawaran untuk mengikuti Program FSTEP selama 1 tahun. Pengalaman bekerja memberi saya 1001 pengalaman yang gembira dan sedih.

Saya berkahwin pada tahun 2009, dengan suami saya Herman Bin Md Salleh. Saya berkawan dengan beliau hampir 10 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan anak seramai 3 tahun.




Sumber Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Suami bekerja sebagai Jurutera Komputer disalah sebuah syarikat swasta. Dulu saya bekerja sebagai Eksekutif Akaun di Cosmopoint, dan pada masa yang sama, saya memulakan perniagaan QASEH GOLD secara sambilan pada tahun 2013. Alhamdulillah. selama 9 bulan membuat secara sambilan, akhirnya saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan secara sepenuh masa pada 2014. Kini, saya lebih fokus dalam perniagaan QASEH GOLD dan mahu membantu lebih ramai sahabat-sahabat menjana pendapatan dengan QASEH GOLD.




No comments:

Post a Comment